Friday, December 13, 2019

KURSUS BERKAITAN WALIT DI TAHUN 2020

Salam hormat,


Dalam tempoh 3 bulan terakhir tahun 2019 saya ada menerima beberapa permintaan untuk menyertai Kursus Peternakan Burung Walit. Bergerak daripada permintaan seperti ini, saya bercadang untuk mengadakan kursus berkenaan dan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar berhampiran, pada tahun 2020 nanti. Tarikh sebenar belum ditetapkan lagi.

Jadi buat permulaan ini mungkin elok saya adakan satu kajian/survey terlebih dahulu mengenai hasrat ini. Jika ada permintaan dan melebihi 25 peserta, in sha Allah kursus akan dapat dijalankan.

Bagi anda yang berminat untuk respon, sila WhatApps saya di no 019-916 7341 atau 016-922 7341.

Disamping itu saya juga berhasrat untuk mengadakan satu seminar, kira-kira 3 jam, bagi tajuk Financial Litteracy untuk pengusaha peternaakan burung walit. Saya dapati celik kewangan ini amat mustahak bagi tujuan mereliasasikan matlamat JUTAWAN SENYAP. Tanpa kefahaman berkaitan, ramai pengusaha hari ini, sungguh pun mendapat pendapatan yang agak baik, tetapi masih sukar untuk kehadapan dan meningkan NILAI BERSIH ( NET WORTH ) masing-masing dari tahun ke setahun. Ilmu yang saya akan kongsi nanti, in sha Allah, akan dapat memacu ada untuk mencapai status jutawan senyap dengan lebih mantap dan lebih cepat.

Bagi mereka yang merminat, sila respon secara WhatApps (dua nombor di atas) bagi membolehkan satu perancangan untuk seminat tersebut di jalankan.


Sekian, Terima Kasih.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Tuesday, January 29, 2019

KURSUS ASAS PETERNAKAN BURUNG WALIT SECARA DIGITAL DAN ON-LINE



Salam hormat,


Di tahun-tahun sebelum ini, saya kerap juga didatangi peminat industri peternakan burung walit melalui WhatsApp. Pertanyaan yang sering ditanyakan kepada saya ialah “ Dr. Bila lagi nak di adakan kursus peternakan burung walit?”

Sukar saya hendak menjawabnya. Anda semua tahu untuk mengadakan kursus Asas Peternakan Burung Walit ini memerlukan satu jumlah penyertaan yang sesuai, baharulah boleh dianjurkan. Bila saya buat bancaian mengenainya tidaklah begitu ramai yang menyatakan minat untuk menyertainya pada satu-satu masa.

Bagi memenuhi permintaan kes-kes terpencil ini, saya telah berusaha menyediakan satu pakej pembelajaran berkaitan Asas Peternakan Burung Walit ini dalam bentuk video (mp4). Sebanyak 8 Modul kursus telah disediakan yang merangkumi aspek-aspek seperti di dalam promo page berikut.





Sebagai tambahan kepada 8 modul tersebut, saya juga menyertakan secara PERCUMA 3 rakaman lagu/suara burung walit ( suara/lagu luar RBW, suara/lagu dalam RBW dan suara/lagu untuk ujian kesesuaian tapak pembinaan RBW) DAN satu video lawatan ke sebuah RBW.

Saya belum dapat menyediakan kursus ini secara on-line sepenuhnya buat masa kini. Bagi membolehkan rakan-rakan kita segera mengikuti kursus asas ini, saya akan menghantar (PERCUMA) ke semua kandungan pakej yang telah saya nyatakan tersebut melalui satu pen drive (16GB). Apabila anda membukan pen drive ini nanti akan terdapat folder-folder seperti di rajah berikut.




Bukalah folder-folder tersebut dan teruskan pembelajaran anda. Apa yang anda akan dapat daripada modul-modul ini adalah SAMA dengan kursus Asas Peternakan Burung Walit yang telah saya anjurkan selama ini untuk kursus sehari.

KOS PAKEJ ialah RM 250.00 sahaja. Sesiapa yang berminat dan juga sebarang pertanyaan boleh WhatsApp saya di 016-922 7341.

Pakej ini juga amat sesuai bagi mereka yang tingal juah di pendalaman (Sabah, Sarawak dan Semenanjung) dan sukar untuk ke lokasi kursus yang terdekat atau pun kesempitan masa untuk hadir di kursus-kursus berkaitan.


Bagi mereka-mereka yang telah menghadairi kursus ini daripada pihak lain juga sesuai menjadikan pakej ini sebagai tambahan ilmu dan koleksi “buku” anda dalam bidang berkaitan.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM., MAgrS).